Sunday, 18 March 2012

lembaran kerja...

Nama :_______________________________________                  
Tarikh :________________

Isi tempat kosong dengan huruf yang betul.


                        1.


u _ b _ t    g _ g _




b _ r _ s   g _ g _



selamat menjawab...




Saturday, 17 March 2012

RANCANGAN MENGAJAR

                                     
                                                RANCANGAN MENGAJAR
Kelas  : Permata Pintar
Bilangan murid : 20/20
Umur : 6 years old
Tarikh : 13/04/2011
Masa : 9.00 – 9.35 a.m ( 35 minute )
Tema : -
Tunjang utama : Tunjang Komunikasi Bahasa Malaysia ( BM )
Tunjang disepadukan : Tunjang Perkembangan Fizikal dan Penjagaan Kesihatan
Standard pembelajaran utama : ( BM 3.2.3 ) Mengenal pasti huruf vokal yang terdapat dalam
                                                                        perkataan
Standard pembelajaran disepadukan : ( PFK 3.1.2 ) Menggosok gigi dengan cara yang betul      
                                                                                   dengan bimbingan
objektif pembelajaran : di akhir pengajaran, murid dapat :
i – mengenal huruf vokal di dalam setiap perkataan
ii – menggosok gigi dengan cara yang betul
Pengetahuan sedia ada : murid-murid mengenal beberapa jenis peralatan memberus gigi
Penerapan nilai : tekun, bekerjasama
Alat bantu mengajar : kad gambar, kad perkataan, kad huruf-huruf vokal, peralatan
                                     menggosok  gigi, dan lembaran kerja
KBKK : Menjana idea


  Langkah/ masa
Aktiviti guru
Aktiviti murid
Catatan/ ABM

Set induksi
( 5 minute )

8  Cikgu masuk ke dalam kelas sambil membawa peralatan berus gigi
8  Cikgu bertanya kepada murid-murid “ barang apa yang cikgu bawa ?
8  Cikgu menerangkan pembelajaran hari ini.


!  Murid tertanya
“ barang apa yang cikgu   bawa ?”
!  Murid memberi pelbagai jawapan

!  Murid mendengar dengan tertib

ABM : peralatan berus gigi

Objektif : -

Nilai : -

KBKK : -

Langkah 1
( 15 minute )

8  Guru mengajar dan mengenalkan setiap huruf vokal pada murid-murid
8  Guru menerangkan satu persatu peralatan memberus gigi pada murid-murid
8  Guru kenalkan dan suai padan beberapa huruf vokal dalam setiap perkataan.
    Contoh: B E R U S G I G I
8  Guru memanggil beberapa orang murid melengkapkan huruf-huruf vokal


!  Murid-murid belajar dan mengenal huruf vokal dengan tekun
!  Murid-murid mengenal peralatan dan menyebut setiap satu peralatan tersebut
!  Murid mengenal dan fahami  huruf vokal dalam setiap perkataan.




ABM : kad gambar, kad perkataan dan kad huruf-huruf vokal

Objektif : (i)

Nilai : tekun

KBKK : menjana idea


Langkah 2
( 10 minute )

8  Guru membuat demostrasi sebelum melakukan aktiviti memberus gigi
8  Guru bertanya pada murid-murid
    “ bilakah kamu memberus gigi ? ”
8  Guru melakukan aktiviti bersama murid-murid
8  Guru memberi lembaran kerja kepada murid-murid


!  Murid mendengar dengan teliti dan fahami

!  Murid melakukan aktiviti menggosok gigi bersama-sama guru
!  Murid ambil dan simpan ke dalam beg dan siapkan di rumah.


ABM : peralatan mengosok gigi, lembaran kerja

Objektif : (ii)

Nilai : bekerjasama

KBKK : menjana idea

Penutup
( 5 minute )

8  Guru berbincang dengan murid-murid apa yang dipelajari hari ini.

!  Murid dapat menerangkan balik apa yang dipelajari hari ini.

ABM : -
Objektif : -
Nilai : -
 KBKK : menjana idea



Impak : Seramai 19/20 telah mencapai objektif. Hal ini kerana penggunaan alat bantu mengajar yang berkesan dan menarik. Baki 1 orang yang tidak mencapai objektif oleh kerana  masalah tidak mahu bergaul dengan rakan-rakan.

Cara Mandi Wajib


Cara-Cara Mandi Wajib Mengikut Sunnah


عن ابن عباس قال: قالت ميمونة: وضعت لرسول الله صلى الله عليه وسلم ماء يغتسل به، فأفرغ على يديه، فغسلهما مرتين أو ثلاثا، ثم أفرغ بيمينه على شماله، فغسل مذاكيره، ثم دلك يده بالأرض، ثم مضمض واستنشق، ثم غسل وجهه ويديه، وغسل رأسه ثلاثا، ثم أفرغ على جسده، ثم تنحى من مقامه، فغسل قدميه.
Dari Ibn ‘Abbas RA, beliau berkata: Maimunah RA berkata: Aku meletakkan air untuk Rasulullah SAW mandi wajib. Baginda SAW menyiram kedua tangannya dan membasuh kedua tangannya dua atau tiga kali. Seterusnya Baginda SAW menyiram air dengan tangan kanannya ke tangan kirinya dan membasuh kemaluannya (dengan menggunakan tangan kiri). Selepas itu, Baginda SAW menyapu tangannya ke tanah, kemudian Baginda SAW memasukkaan air ke dalam hidung dan mulut kemudian mengeluarkannya. Seterusnya Baginda SAW membasuh mukanya dan kedua tangannya dan membasuh kepalanya tiga kali. Selepas itu Baginda SAW menyiram air ke atas tubuhnya, kemudian baginda saw berpindah dari tempat tersebut dan mencuci kedua kakinya. (al-Bukhari)

Di dalam Sahih Muslim (317) disebutkan pula:
ثم أتيته بالمنديل فرده
Kemudian aku (Maimunah RA) memberikan kepada Baginda SAW sapu tangan, lalu Baginda SAW menolaknya.

Ringkasan cara mandi wajib berdasarkan dalil-dalil di atas ialah:

1) Niat. Ini berdasarkan hadis yang popular bahawa setiap amal mestilah dengan niat.
2) Membaca ‘Bismillah’.
3) Mencuci tangan sebanyak tiga kali.
4) Mencuci kemaluan dengan tangan kiri
5) Menggosokkan tangan kiri ke tanah lalu lalu mencucinya. Boleh juga mencuci tangan kiri itu dengan sabun.
6) Berwudhu. Wudhu boleh dilakukan seperti wudhu untuk solat (Sohih Muslim:317) ataupun menangguhkan mencuci kaki selepas selesai mandi.
7) Menyela-nyela rambut secara merata lalu menyiramnya 3 kali dengan air sepenuh dua telapak tangan. Ini berdasarkan hadis dari Aisyah di dalam sahih al-Bukhari:
ثم يدخل أصابعه في الماء، فيخلل بها أصول شعره، ثم يصب على رأسه ثلاث غرف بيديه
“Kemudian Baginda SAW memasukkan jari-jarinya ke dalam air, kemudian menyela-nyela rambutnya, kemudia menyiram kepalanya 3 kali dengan kedua tangannya.”

Ketika menyiram kepala hendaklah dimulai dengan bahagian kanan, kemudian, bahagian kiri dan seterusnya bahagian tengah kepala. Ini berdasarkan hadis ‘Aisyah RA di dalam sahih Muslim (318):
. بدأ بشق رأسه الأيمن. ثم الأيسر
Baginda SAW menyiram kepalanya di bahagian kanan, kemudia bahagian kiri.

Bagi wanita yang dalam keadaan junub, diblehkan untuk tidak melepaskan ikatan rambutnya. Ini berdasarkan hadis Ummu Salamah RA.
عن أم سلمة، قالت: قلت: يا رسول الله! إني امرأة أشد ضفر رأسي. فأنقضه لغسل الجنابة؟ قال “لا. إنما يكفيك أن تحثي على رأسك ثلاث حثيات. ثم تفيضين عليك الماء فتطهرين
Dari Ummu Salamah RA, beliau berkata: Aku berkata kepada Rasulullah SAW: “Wahai Rasulullah SAW، sesungguhnya aku perempuan yang suka mengikat rambutku. Perlukah aku membuka ikatan tersebut ketika mandi junub? Jawab Rasulullah SAW: “Tidak, cukuplah bagi kamu dengan dengan menyiramkan air ke atas kepala kamu sebanyak 3 kali dan meratakan air ke seluruh tubuh kamu, dan kamu sudah dikira sudah bersuci. (Sahih Muslim:330)

Akan tetapi jika mandi untuk haidh, maka dianjurkan untuk melepaskan ikatan rambut. Ini berdasarkan hadis ‘Aisyah ra di dalam sahih al-Bukhari di mana beliau kedatangan haidh ketika menunaikan haji. Lalu baginda saw berkata sedemikian:

دعي عمرتك، وانقضي رأسك، وامتشطي
“Tinggalkanlah umrahmu, lepaskanlah ikatan rambutmu (ketika mandi) dan sisirlah rambutmu”

8) Memulakan dengan bahagian kanan tubuh.
عن عائشة؛ قالت: إن كان رسول الله صلى الله عليه وسلم يحب التيمن في شأنه كله. في نعليه، وترجله، وطهوره
Dari ‘Aisyah RA: Sesungguhnya Rasulullah SAW suka mendahulukan bahagian kanan pada semua urusannya, ketika memakai kasutr, ketika bersikat dan ketika bersuci. (Sahih Muslim:26 8)

9) Meratakan air ke seluruh tubuh. Kita mestilah semua lipatan tubuh seperti ketiak dan lain-lain. Ini berdasarkan hadis ‘Aisyah (Sunan Abi Daud:243, di nilai sahih oleh al-Albani)
10) Beralih dari tempat mandi dan membasuh kaki

Cara Memotong Kuku





Berkata Saidatina Aisyah bermaksud:
Sepuluh perkara dikira sebagai fitrah iaitu memotong misai, memelihara janggut, bersugi, memasukkan air ke hidung, memotong kuku, membasuh sendi-sendi, mencabut bulu ketiak, mencukur bulu ari-ari, bersuci dengan air (beristinja), berkata Zakaria: Aku lupa yang ke-10 kecuali berkumur.
(Riwayat Muslim).
Dari Anas bin Malik bermaksud:
Sudah ditentukan waktu kepada kami memotong misai, memotong kuku, mencabut bulu ketiak dan mencukur bulu ari-ari agar kami tidak membiarkannya lebih daripada 40 malam.
(Riwayat Muslim).
Menurut Imam Shafie:
Sunat memotong kuku sebelum mengerjakan solat Jumaat sepertimana disunatkan mandi, bersugi, berharuman, berpakaian kemas sebelum ke masjid.
Rasulullah S.A.W. bersabda bermaksud:
Sesiapa yang mandi pada hari Jumaat, bersugi, berwangian jika memilikinya dan memakai pakaian yang terbaik, kemudian keluar rumah hingga sampai ke masjid, dia tidak melangkahi orang yang sudah bersaf, kemudian mengerjakan sembahyang apa saja (sembahyang sunat), dia diam ketika imam keluar (berkhutbah) dan tidak berkata-kata hingga selesai mengerjakan sembahyang, maka jadilah penebus dosa antara Jumaat itu dan Jumaat sebelumnya.
(Riwayat Ahmad).
Berkata Abu Hurairah R.A. bermaksud:
Nabi Muhammad S.A.W. memotong kuku dan menggunting misai pada hari Jumaat sebelum baginda keluar untuk bersembahyang.
(Riwayat al-Bazzar dan al-Tabrani).
RASULULLAH S.A.W bersabda yang ertinya:-
Barang siapa yang mengerat kukunya pada ;
Hari Sabtu:Nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit.
Hari Ahad :Nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kemiskinan.
Hari Isnin :Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk sihat
Hari Selasa:Nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit
Hari Rabu :Nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan.
Hari Khamis :Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit.
Hari Jumaat : Nescaya keluar dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala.
Walaupun tidak ada hadis sahih berkenaan persoalan mengerat kuku dan boleh mengerat kuku tanpa mengikut hari-hari tertentu. Tetapi, pada hari Isnin, Khamis dan Jumaat adalah hari yang diutamakan untuk melakukan ibadat sunat. Oleh yang demikian, sunat memotong kuku pada hari-hari tersebut.
Jadi, kerat kuku bukan sebarang kerat tapi ada kaedahnya. Walaupun ia hanya kuku tapi ia adalah sebahagian dari badan kita yang perlu kita hormati. Misalnya, kerat kuku ada adabnya selain ikut hari, kita juga perlu buang kuku tu pada tempat yang tidak kotor sebagaimana yang diajar, eloklah buang ke tanah kerana kita juga adalah unsur tanah, Bukannya tong sampah sekalipun tong sampah tu bersih.
Mulakan kerat kuku tu mulai dengan Bismillah dan selawat Nabi dan kerat start jari telunjuk sebelah kanan sampai habis tangan kanan, kemudian jari kelingking sebelah kiri sampai ibu jari tangan kiri dan Last sekali ibu jari tangan kanan.
Kalau kaki pula, mulakan dengan jari kelingking kaki kanan sampai kelingking kaki kiri. Itulah sunnah yang paling kuat dipegang selama ini walaupun ada banyak khilafnya.

SEELOK-ELOKNYA POTONGLAH KUKU PADA HARI KHAMIS ATAU JUMAAT


Tuesday, 13 March 2012

Cara terbaik memberus gigi


















MEMBERUS dengan sempurna adalah langkah pertama untuk menjaga kesihatan gigi dan gusi. Ia mengambil masa sekitar dua minit menggunakan teknik yang betul untuk memberus gigi dengan baik. Sama ada anda menggunakan berus gigi biasa atau berkuasa elektrik, anda perlu memberus setiap bahagian mulut iaitu bahagian atas (kanan dan kiri) dan bahagian bawah (kanan dan kiri), sekurang-kurangnya selama 30 saat untuk setiap bahagian.

Apakah cara terbaik memberus gigi?

Terdapat banyak cara untuk memberus gigi anda. Tanya doktor gigi anda untuk cadangan cara terbaik melakukannya. Bagaimanapun, di sini dicadangkan beberapa teknik yang sering dilakukan menggunakan berus gigi biasa:



Langkah 1:
“Untuk permukaan luar gigi, letakkan berus pada sudut 45 darjah ke garisan gusi.
“Gunakan gerakan memberus yang lembut dan pendek, dengan menggerakkan berus antara gigi dan gusi.
Langkah 2:
“Gunakan gerakan sama untuk membersih permukaan hadapan, permukaan mengunyah geraham dan bahagian dalam (belakang) gigi.
Langkah 3:
“Untuk membersih bahagian dalam gigi hadapan, pegang berus menegak dan gunakan pergerakan lembut ke atas dan ke bawah menggunakan hujung berus.
Langkah 4:
“Jangan lupa untuk memberus sehingga dan di sepanjang garisan gusi serta pastikan anda memberus gigi di bahagian belakang.

“Juga, berus lidah anda – ia akan menjadikan nafas anda berbau lebih segar!
- Rencana ini disediakan pakar pergigian dan Oral-B Sempena Kempen Malaysia Bebas Plak Oral-B. Artikel ini akan diterbitkan setiap dua minggu sekali.
Apakah itu tartar?
Setiap kali anda memberus, plak yang sentiasa terbentuk di permukaan gigi ditanggalkan. Sekiranya anda membiarkan plak terbentuk, ia akan mengeras menjadi tartar (juga dipanggil kalkulus) yang hanya boleh dibuang oleh doktor gigi menggunakan peralatan pergigian khusus.

Bagaimana saya harus memilih berus gigi yang betul?
Orang ramai kini mempunyai lebih banyak pilihan dalam memilih berus gigi baru, dari yang amat murah kepada yang berharga agak mahal. Selain faktor harga, orang ramai juga menghadapi kesukaran membuat pilihan dengan pelbagai bentuk, warna dan kekerasan bulu berus. Langkah permulaan terbaik adalah dengan bertanya kepada doktor gigi anda untuk saranan pemilihan berus gigi paling sesuai. Selain itu, di sini terdapat beberapa tips ketika membeli berus gigi:
* Pilih berus gigi berkepala kecil dan rekaan berus yang membantu memberus bahagian yang sukar dicapai di dalam mulut.
* Berus gigi anda perlu mempunyai berus yang lembut kepada gusi dan gigi.
* Pilih berus gigi yang mempunyai pemegang yang selesa. Kebanyakannya mempunyai pemegang antigelincir yang menjadikan ia mudah digunakan walaupun basah.
* Ingat bahawa penggantian berus gigi secara kerap menyumbang kepada konsistensi mengekalkan kesihatan gigi yang tinggi kerana kajian klinikal menunjukkan berus gigi baru mampu menanggalkan 30 peratus lebih banyak plak daripada berus berusia lebih tiga bulan.
* Berus gigi khas dengan penanda khas yang semakin pudar apabila digunakan juga boleh digunakan. Ini akan memaklumkan anda masa sesuai untuk menukar berus gigi.
* Sesetengah berus gigi direka khas dengan berus yang bersudut bagi meningkatkan luas permukaan gigi yang diberus, seterusnya menanggalkan plak walaupun dari tempat yang sukar.

Bagaimanakah mengekalkan gigi putih semula jadi selepas lawatan ke doktor gigi?
Semua orang mahukan gigi yang putih dan terdapat pelbagai produk di pasaran untuk melakukannya. Pengguna boleh menggunakan proses kimia yang dipanggil pemutihan. Bagaimanapun, memberus gigi bersama ubat gigi dengan kerap sudah cukup untuk menanggalkan sejumlah kotoran yang melekat pada gigi. Kesan kotoran boleh melekat pada gigi daripada minuman kopi, teh atau wain merah. Kajian menunjukkan berus gigi Oral-B CrossAction Massage telah terbukti secara klinikal mampu menanggalkan plak sehingga 90 peratus.



Utusan Malaysia Online - Keluarga

Utusan Malaysia Online - Keluarga