MEMBERUS dengan sempurna adalah langkah pertama untuk menjaga kesihatan gigi dan gusi. Ia mengambil masa sekitar dua minit menggunakan teknik yang betul untuk memberus gigi dengan baik. Sama ada anda menggunakan berus gigi biasa atau berkuasa elektrik, anda perlu memberus setiap bahagian mulut iaitu bahagian atas (kanan dan kiri) dan bahagian bawah (kanan dan kiri), sekurang-kurangnya selama 30 saat untuk setiap bahagian.
Apakah cara terbaik memberus gigi?
Terdapat banyak cara untuk memberus gigi
anda. Tanya doktor gigi anda untuk cadangan cara terbaik melakukannya.
Bagaimanapun, di sini dicadangkan beberapa teknik yang sering dilakukan
menggunakan berus gigi biasa:
Langkah 1:
“Untuk permukaan luar gigi, letakkan berus
pada sudut 45 darjah ke garisan gusi.
“Gunakan gerakan memberus yang lembut dan
pendek, dengan menggerakkan berus antara gigi dan gusi.
Langkah 2:
“Gunakan gerakan sama untuk membersih
permukaan hadapan, permukaan mengunyah geraham dan bahagian dalam (belakang)
gigi.
Langkah 3:
“Untuk membersih bahagian dalam gigi hadapan,
pegang berus menegak dan gunakan pergerakan lembut ke atas dan ke bawah
menggunakan hujung berus.
Langkah 4:
“Jangan lupa untuk memberus sehingga dan di
sepanjang garisan gusi serta pastikan anda memberus gigi di bahagian belakang.
“Juga, berus lidah anda – ia akan menjadikan
nafas anda berbau lebih segar!
- Rencana ini disediakan pakar pergigian dan
Oral-B Sempena Kempen Malaysia Bebas Plak Oral-B. Artikel ini akan diterbitkan
setiap dua minggu sekali.
Apakah itu tartar?
Setiap kali anda memberus, plak yang sentiasa
terbentuk di permukaan gigi ditanggalkan. Sekiranya anda membiarkan plak
terbentuk, ia akan mengeras menjadi tartar (juga dipanggil kalkulus) yang hanya
boleh dibuang oleh doktor gigi menggunakan peralatan pergigian khusus.
Bagaimana saya harus memilih berus gigi yang
betul?
Orang ramai kini mempunyai lebih banyak
pilihan dalam memilih berus gigi baru, dari yang amat murah kepada yang
berharga agak mahal. Selain faktor harga, orang ramai juga menghadapi kesukaran
membuat pilihan dengan pelbagai bentuk, warna dan kekerasan bulu berus. Langkah
permulaan terbaik adalah dengan bertanya kepada doktor gigi anda untuk saranan
pemilihan berus gigi paling sesuai. Selain itu, di sini terdapat beberapa tips
ketika membeli berus gigi:
* Pilih berus gigi berkepala kecil dan rekaan
berus yang membantu memberus bahagian yang sukar dicapai di dalam mulut.
* Berus gigi anda perlu mempunyai berus yang
lembut kepada gusi dan gigi.
* Pilih berus gigi yang mempunyai pemegang
yang selesa. Kebanyakannya mempunyai pemegang antigelincir yang menjadikan ia
mudah digunakan walaupun basah.
* Ingat bahawa penggantian berus gigi secara
kerap menyumbang kepada konsistensi mengekalkan kesihatan gigi yang tinggi
kerana kajian klinikal menunjukkan berus gigi baru mampu menanggalkan 30
peratus lebih banyak plak daripada berus berusia lebih tiga bulan.
* Berus gigi khas dengan penanda khas yang
semakin pudar apabila digunakan juga boleh digunakan. Ini akan memaklumkan anda
masa sesuai untuk menukar berus gigi.
* Sesetengah berus gigi direka khas dengan
berus yang bersudut bagi meningkatkan luas permukaan gigi yang diberus,
seterusnya menanggalkan plak walaupun dari tempat yang sukar.
Bagaimanakah mengekalkan gigi putih semula
jadi selepas lawatan ke doktor gigi?
Semua orang mahukan gigi yang putih dan
terdapat pelbagai produk di pasaran untuk melakukannya. Pengguna boleh
menggunakan proses kimia yang dipanggil pemutihan. Bagaimanapun, memberus gigi
bersama ubat gigi dengan kerap sudah cukup untuk menanggalkan sejumlah kotoran
yang melekat pada gigi. Kesan kotoran boleh melekat pada gigi daripada minuman
kopi, teh atau wain merah. Kajian menunjukkan berus gigi Oral-B CrossAction
Massage telah terbukti secara klinikal mampu menanggalkan plak sehingga 90
peratus.
No comments:
Post a Comment